• Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
  • Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
  • Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Pengumuman

Bengkel Permohonan Kursus Secara Online Perlaksanaan Sub Modul Program Pembangunan Kompetensi - HRMIS

 

Baca Lagi...
 
Salam Takziah

Dukacita dimaklumkan bahawa PB KB17 Ibrahim Bin Ahmad anggota Balai Bomba Dan Penyelamat Muar telah meninggal dunia di Hospital Pakar Sultanah Fatimah,Muar jam l/k 10.45 malam pada 21.08.2010 akibat penyakit kanser paru-paru.

Baca Lagi...
 
World Fire Fighters Games Daegu, Korea 2010

 Disertai oleh 60 buah negara dengan 10,000 anggota bomba di seluruh dunia yang berlangsung dari 21hb Ogos 2010 hingga 29hb Ogos 2010 di Daegu, Korea. JBPM  juga turut sama di dalam kejohanan dengan seramai 35 pegawai bomba menyertainya di dalam acara Badminton, Golf, Bina Badan dan Boling. Di dalam kejohanan ini JBPM Berjaya memperolehi pingat seperti berikut:- Jumlah Pungutan Pingat JBPM Di WFG 2010

Baca Lagi...
 
Salam Takziah

Suami kepada Faridah Bt Mamat (kerani kewangan, Bahagian Kejuruteraan) iaitu Ramlan Bin Abd. Rahman, 48 tahun telah meninggal dunia pada jam 8 malam tadi di rumahnya akibat kanser paru-paru. Jenazah Allahyarham akan dikebumikan tanah perkuburan Islam bersebelahan dengan Masjid Salak Tinggi.


 
POSTER PERTANDINGAN FOTOJURNAL SEMPENA SAMBUTAN HARI HABITAT SEDUNIA 2010

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Landskap Negara di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan menganjurkan pertandingan fotojurnal sempena Hari Habitat Sedunia 2010, yang bertemakan 'Better City, Better Life'.

Baca Lagi...
 
Hari Inovasi dan Konvensyen KIK Negeri Pahang

JBPM Pahang yang diwakili Kumpulan JROT dari Balai Bomba dan Penyelamat, Jengka dengan tajuk projek "Kelewatan menjalankan tindakan operasi pemadaman longgokan tandan kelapa sawit" telah memenangi tempat ketiga dalam Konvensyen KIK Peringkat Negeri Pahang ke 26 telah diadakan pada 3 - 5 Ogos 2010 anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang. Sebanyak 30 pasukan dari pelbagai jabatan telah menyertainya.


 
Salam Sejahtera

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua muslimin dan muslimat. Semoga kita diberi kesabaran dan ketabahan menjalaninya. Amin.


 
Salam Takziah

Dukacita dimaklumkan bahawa seorang Pegawai Bomba KB 17 Azmi Bin Pon dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Katil telah kembali ke rahmatullah pada 29 Julai 2010 (khamis), jam 3.30 pagi kerana masalah jantung. Semoga Allah s.w.t. mencucuri rahmat ke atas rohnya. Amin.


 

Staf Login



Arkib Galeri
StatistikPelan Perancangan
RSS BombaMY Integriti

Perolehan

Undian Anda

Adakah anda berpuas hati dengan laman web ini?
 

Kaunter Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini890
mod_vvisit_counterSemalam1405
mod_vvisit_counterMinggu ini1780
mod_vvisit_counterBulan ini8160

Perpustakaan

      Laman Web OPAC (Intranet)

      Perpustakaan Anjung Ilmu

Muat Turun

   Muat Turun Borang

 

MS ISO 9001:2008


JBPM telah dianugerahkan pensijilan MS ISO 9001 : 2008 dari SIRIM QAS International Sdn. Bhd. pada 13hb November 2009 

 


 


Berita Pilihan

Balai bomba baru

Kerja naik taraf bangunan libatkan kos RM 1.2 juta

TANJONG KARANG - Setelah hampir 60 tahun menanti, akhirnya anggota Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Karang boleh berbangga kerana memiliki bangunan yang telah dinaiktaraf dan diserahkan secara rasmi Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Selangor pada majlis yang diadakan di sini. - Sinar Harian, 15 Ogos 2010.

Baca lagi...

 
Bomba tubuh pasukan khas periksa keselamatan pusat beli-belah

PULAU PINANG 5 Ogos - Jabatan Bomba dan Penyelamat akan menubuhkan pasukan khas untuk membuat pemeriksaan ke atas semua pusat membeli-belah bagi memastikan tahap keselamatannya terjamin. - Utusan Malaysia, 06 Ogos 2010.

Baca lagi...

 
Bomba mohon elaun risiko

LANGKAWI - Kesatuan Pekerja Jabatan Bomba dan Penyelamat Semenanjung Malaysia akan memohon kepada kerajaan agar mempertimbangkan pemberian elaun risiko kepada anggota pasukan itu yang menyertai tugas-tugas operasi. Presidennya, Salimin Ayed berkata, jika diluluskan kira-kira 8,000 anggota bomba seluruh negara layak menerima ealun itu. - Kosmo, 06 Ogos 2010.

Baca lagi...

 
Latihan kecemasan pesawat terhempas uji kesiapsiagaan

SEPANG: Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) "gempar" kelmarin apabila sebuah pesawat dari Bangalore gagal mendarat dan terhempas di landasan. Kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu menyebabkan 52 penumpang "terbunuh" dan 98 yang lain "cedera" sementara bakinya selamat. - Berita Harian, 05 Ogos 2010.

Baca lagi...

 
Penjawat awam tak mudah disogok

KUALA LUMPUR: Kempen Perangi Rasuah bertemakan 'Bersama Lakukan Perubahan, Perangi Rasuah" yang dilancarkan baru-baru ini adalah isyarat kepada masyarakat bahawa anggota perkhidmatan awam tidak lagi mudah disogok dengan rasuah. - Berita Harian, 04 Ogos 2010.

Baca lagi...

 
FRD personnel with financial problems will not be promoted

KOTA KINABALU: Fire Rescue Department (FRD) officers and men with maximum loans and financial problems will not be promoted, said State FRD director Khirudin Rahman when witnessing the handing over duties of deputy state FRD director from Razali Aw Mat Salleh to Mohd Yusof Mohd Ganoos at the FRD headquarters at Jalan Lintas yesterday. - New Sabah Times English (KK), 3 August 2010.

Read more...

 
Director: Zero longhouse fire incidents achievable

SUNGAI ASAP, Belaga: The target of zero fire incidents at wooden longhouses is achievable if residents practise fire safety at all times, said state Fire and Rescue Department director Ahmad Shahabuddin.

Read More...

 

Aktiviti

Smoke Jumpers

               Satu Kejohanan Payung Terjun ATM 2010  telah berlangsung di Padang Bolasepak, Stadium Hang Jebat, Krubong  Melaka baru-baru ini yang bermula pada 7 sehingga 16 Jun 2010. Pasukan  “Smoke Jumpers” Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia buat pertama kalinya menyertai kejohanan itu bersama pasukan lain seperti PDRM, PULPA, PASKAL, PASKAU, KOMANDO 21, 10 BRIGADE  Para, Kelab Payung Terjun Melaka dan Kelab Payung Terjun Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Baca Lagi...
 
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN DAN MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PERLANTIKAN JAWATAN PEMANGKUAN GRED KB54 DAN GRED KB52

Pada 29 Jun 2010, jam 8.30 pagi, Majlis Perhimpunan Bulanan bagi Bulan Jun telah diadakan bertempat di Perkarangan Ibu Pejabat, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia, Putrajaya. Perhimpunan Bulanan kali ini telah dianjurkan oleh Bahagian Siasatan Kebakaran dan telah dihadiri oleh segenap lapisan Pegawai JBPM. Perhimpunan Bulanan kali ini juga, Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Jawatan Pemangkuan Gred KB54 dan Gred KB52 telah diadakan serentak.

Baca Lagi...
 
Perlaksanaan Pelan Integriti Nasional di JBPM

 

     Amalan integriti  dikalangan pegawai-pegawai jabatan ini sebenarnya telah wujud lama cuma ianya tidak diwar-warkan. Budaya kerja cemerlang dan penerapan  nilai-nilai murni dalam perkhidmatan sebenarnya telah menjadi budaya kerja dan  amalan oleh setiap pegawai jabatan ini. Ditambah baik dengan kemampuan jabatan memperolehi pengiktirafan MS ISO 9001:2008 dan kini jabatan telah memperluaskan perlaksanaan e-benchmark (penandaarasan eletronik) bersama Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), KPI dan terkini adalah perlaksanaan Star Rating oleh MAMPU.
Baca Lagi...
 
ISTIADAT MENGARAK PANJI-PANJI SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGONG

Pada 5 Jun 2010, Istiadat Mengarak Panji-panji telah diadakan bersempena dengan sambutan Hari Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin yang berlangsung di Dataran Merdeka. Seramai 23 pegawai dan 505 anggota lain-lain pangkat dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengambil bahagian dalam Istiadat tersebut.

 

Baca Lagi...
 
MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH KHIDMAT CEMERLANG TAHUN 2009, PENYAMPAIAN WATIKAH PEMANGKUAN PENGUASA BOMBA GRED KB 44 DAN PENYAMPAIAN PINGAT KEBESARAN BOMBA TAHUN 2009

Pada 25 Mei 2010, bertempat di Pan Pacific Hotel, KLIA, Sepang, telah berlangsung Majlis Penyampaian Anugerah Khidmat Cemerlang (AKC) bagi tahun 2009, Penyampaian Watikah Pemangkuan Penguasa Bomba Gred KB 44 dan Penyampaian Pingat Kebesaran Bomba Tahun 2009.

Baca Lagi...
 
LARIAN BERSAMA BOMBA KUALA LUMPUR 2010 KALI KEVIII

Sempena dengan Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia yang disambut pada 4 Mei setiap tahun, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah menganjurkan Larian Bersama Bomba, bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur iaitu pada 2 Mei 2010 jam 7.30 pagi.

Baca Lagi...
 
Majlis Perasmian Balai Bomba & Penyelamat, Simpang Pulai, Perak

Majlis Perasmian Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai, Perak oleh DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, Sultan Perak telah diadakan pada 25 April 2010 bersamaan pada hari Ahad  jam 10.00 pagi.

Baca Lagi...
 
Seminar Keselamatan Kebakaran peringkat Negeri Kedah

Seminar Keselamatan Kebakaran peringkat Negeri Kedah telah berlangsung pada 29 April 2010, bertempat di Hotel Star City, Alor Star, Kedah bermula pada jam 8 pagi hingga jam 5.30 petang. Majlis Perasmian Seminar tersebut telah disempurnakan oleh YAS Ketua Pengarah, Dato’ Hamzah Bin Abu Bakar.

Baca Lagi...
 
Majlis Perasmian Balai Bomba & Penyelamat, Kuala Kubu Bharu, Selangor

Majlis Perasmian Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Selangor oleh Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Bin Mohd Yasin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah diadakan pada 22 April 2010 bersamaan pada hari khamis  jam 11.30 pagi.

Baca Lagi...
 
Operasi Khas Sempena Ops Sikap XXI Tahun Baru Cina

Pada musim perayaan Tahun Baru Cina tahun 2010, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia telah melaksanakan operasi  yang dipanggil “OPS SIKAP XXI SEMPENA PERAYAAN TAHUN BARU CINA” yang bermula dari 08 hingga 22 Februari, 2010.

Baca Lagi...
 

 

When you mix training and dedication, you’re called a professional;

When you mix compassion and caring, you’re called a friend;

When you mix bravery and selflessness, you’re called a Hero;

When you mix all three, you’re called a Firefighter.



Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

Tarikh Akhir Kemaskini: 30-Ogos-2010.


JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA, LEBUH WAWASAN, PRECINT 7, 62250 PUTRAJAYA.
No Tel : 603-8888 0036/37/38/40 | No Fax : 603-8888 0025

Hakcipta Terpelihara © 2009 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

PENAFIAN: JBP Malaysia tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman Web Portal ini.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 dan ke atas atau Mozilla Firefox dengan resolusi 1024 x 768.